Kepada Ibu bapa / Penjaga Yang dihormati,
Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Assalamualaikum

BERITA SEKOLAH 3/2014

1. Pentadbiran Dan Kurikulum

1.1 Sukacita dimaklumkan sekali lagi bahawa hari Sabtu, 21 Jun 2014 adalah hari persekolahan gantian sempena Hari Raya Aidilfitri menggunakan jadual hari Jumaat. Pada hari tersebut juga satu perjumpaan ibubapa dan guru akan diadakan. Berikut adalah ketetapan berkaitan majlis tersebut untuk makluman ibubapa:

Nama Program: Majlis Semarak Mahkota Kasih
Tarikh: 21 Jun 2014
Masa: 10 pagi – 12 tengahari
Tempat: Kelas anak masing-masing
Catatan: Ibubapa dibenarkan membawa anak pulang bersama ibubapa selepas selesai perjumpaan.

2. Hal Ehwal Murid

2.1 Sepanjang Bulan Ramadhan, kantinĀ AKAN DITUTUP. Sehubungan dengan itu, ibubapa dikehendaki menyediakan bekalan makanan kepada anak masing-masing yang tidak boleh berpuasa dan yang bukan beragama Islam.

2.2 Kempen Kitar Semula – Semua Ibubapa dan murid-murid digalakkan untuk menyumbang surat khabar / majlah lama. Sumbangan boleh dihantar pada hari Sabtu, diikat kemas dan diletakkan di pondok bacaan A.

3. Kokurikulum

3.1 Aktiviti kokurikulum akan berjalan seperti biasa (2.00 – 4.00 petang) pada:

18hb Jun 2014 – Unit Beruniform
25hb Jun 2014 – Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan

3.2 Sepanjang Bulan Ramadhan aktiviti Kokurikulum akanĀ DITANGGUHKAN.

Saya Yang Menjalankan Tugas;

Siti Zaharah Mohd Mukhtar
Guru Besar
S.K Bandar Bukit Mahkota
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan