Kepada Ibu Bapa / Penjaga yang dihormati,
Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Assalamualaikum wt.wb

BERITA SEKOLAH 8/2014

1) Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota, ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga di atas penglibatan, sokongan dan sumbangan kerana menjayakan HARI KANAK-KANAK 2014 kepada semua guru dan kakitangan sokongan, ibubapa, Jawatankuasa PIBG, orang perseorangan, LPPKN, CCM, Gardenia, Yakult dan murid-murid.

2) Hari Anugerah Kecemerlangan 2014 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh/Hari : 19 November 2014/Rabu
Masa              : 7.30 – 1.00 tengahari
Sasaran         : Murid penerima anugerah sahaja dan ibubapa terlibat

3) Majlis Penghargaan “SEMARAK KASIH 2014” kepada warga sekolah akan diadakan pada 20 Nov 2014 (Khamis).
Sehubungan dengan majlis tersebut di atas, waktu persekolahan akan ditamatkan pada jam 12.30 tengahari. Ibubapa/penjaga diminta untuk menguruskan pengangkutan anak masing-masing. Pihak sekolah mohon agar TIDAK berlaku sebarang kelewatan mengambil anak-anak bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

4) Sekolah mula bercuti pada 22 November 2014 sehingga 4 Januari 2015. Sekolah bagi sesi 2015 akan dibuka apda 5 Januari 2015.

5) Kelas Bimbingan Pendidikan UPSR 2015 (berbayar) akan diadakan bermula 22 November 2014 hingga 28 November 2014. Penyertaan dibuka kepada murid yang berminat. Borang boleh didapati daripada penyelaras T6 2014, Puan Ros Azanizon Binti Ibrahim.

6. Kedai buku sekolah akan mula beroperasi pada 15 Disember 2014. Senarai buku (book list) dan keperluan persekolahan boleh didapati daripada kedai buku.

7. Hari Orientasi Tahun 1 akan diadakan pada 31 Disember 2014. Sebarang perubahan dan perincian program akan dimaklumkan melalui surat.

Saya yang menjalankan tugas,

Pn Siti Zaharah binti Mohd Mukhtar
Guru Besar