Assalammualaikum wbt para ibubapa yang dihormati..

⚜Untuk makluman tuan puan, Kad Jogathon PIBG 2019 telah mula diedarkan pada semua murid hari ini.

⚜ Objektif utama aktiviti adalah untuk mencari dana bagi :

1. Pembinaan Surau al- I’tisom Fasa 2 yang merangkumi kerja-kerja akhir pembinaan.

2. Pembinaan bumbung gergasi di dataran SKBBM

⚜Tarikh akhir penghantaran kad tersebut ialah pada 1 Mac 2019.

⚜ Kad jogathon ini PERLU DIPULANGKAN kepada pihak sekolah kerana laporan perlu dihantar ke IPD berdasarkan nombor siri.

⚜ Sebarang kehilangan kad jogathon perlu dilaporkan kepada pihak polis. Ini kerana nombor permit kad ini telah dikeluarkan oleh pihak polis. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menjaga kad ini.

Ucapan ribuan terima kasih diatas segala sumbangan dan kerjasama yang tuan puan berikan..