Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada tuan puan ibu bapa dan penjaga warga SKBBM yg dihormati sekalian,

Kempen Jom Sertai Jogathon PIBG SKBBM

Semua ibu bapa, penjaga dan keluarga warga SKBBM adalah DIJEMPUT untuk turut sama menyertai Jogathon ini. Tarikh dan masa acara ini adalah seperti banner yang dilampirkan .

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga SKBBM ( murid, ibubapa dan penjaga, ahli keluarga) dan tiada bayaran penyertaan dikenakan (ye, ia adalah PERCUMA)

6 kategori larian akan dipertandingkan iaitu Kategori 7 – 9 Tahun ( lelaki dan perempuan ), Kategori 10 – 12 Tahun ( lelaki dan perempuan ) dan Kategori Terbuka ( 13 Tahun Keatas bagi lelaki dan perempuan )

Penyertaan hendaklah menggunakan Borang Penyertaan Jogathon yang disertakan disini . Borang ini juga telah/akan diedarkan kepada murid bermula semalam (18/2/2019)

Tarikh akhir penghantaran borang penyertaan larian adalah pada 22/2/2019 & tarikh akhir penghantaran kad kutipan jogathon adalah pada 1/3/2019.

 

Hadiah-hadiah menarik ditawarkan

20 medal, 3 hamper & 20 sijil (bagi setiap kategori larian)

Bagi Kutipan Kad Jogathon, hadiah-hadiah menarik turut disediakan iaitu :

3 hamper & 5 wang tunai bg jumlah kutipan kelas yg tertinggi merangkumi keseluruhan kelas dari Pra Sekolah, Tahap 1 & Tahap 2.

3 buah basikal bagi individu dengan kutipan tertinggi iaitu jumlah kutipan melebihi RM1,000 ke atas melibatkan Pra Sekolah, Tahap 1 & Tahap 2.

17 hamper bagi kutipan tertinggi melibatkan Pra Sekolah, Tahap 1 & Tahap 2.

3 hamper Tupperware bg kategori AJK PIBG, Guru2 & Kakitangan SKBBM.

Jom kita sama-sama jayakan aktiviti sihat bersama keluarga ini.

Terima kasih