Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota dibuka pada 10 Mac 2014. Pada waktu itu sejumlah 822 orang murid ditempatkan dalam 25 buah kelas di sekolah ini. Murid-murid ini datangnya dari sekolah SK Bandar Seri Putra seramai 531 orang murid  dari tahun  3,4 dan 5.

Manakala dari SK Bangi seramai  291 terdiri daripada murid tahun 1 dan 2. Nama sekolah diambil sempena nama Bandar taman ini iaitu Bandar Bukit Mahkota terletak di sempadan seksyen 4 dan seksyen 5.

Keluasan sekolah seluas 12 hektar dikelilingi taman-taman perumahan Bandar Bukit Mahkota dan didaftarkan atas nama Guru Besar. Guru Besar yang pertama  memulakan tugas pada 3 Mac 2014 ialah Pn. Hajah Siti Zaharah binti Mohd Mukhtar, GPK Pentadbiran Pn Hajah  Norizah binti Rahmat dan “Care Taker” Pn Hajah Rusni binti Hasbullah.

Kini sekolah telah memiliki murid seramai 1242 orang dan Pra Sekolah seramai 50 orang murid dan 35 buah kelas. Seramai 76 orang guru dan 4 orang staf serta 2 orang pembantu murid telah menyumbang tenaga untuk melicinkan urusan pentadbiran sekolah.