
Pihak PIBG SK Bandar Bukit Mahkota merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah memberikan sokongan serta komitmen padu sepanjang tahun 2024, khususnya dalam menjayakan kutipan sumbangan PIBG dengan kadar bayaran yang amat memberangsangkan.
Sebagai tanda sokongan berterusan, PIBG SKBBM amat berharap agar ibu bapa dan penjaga dapat melunaskan bayaran sumbangan PIBG bagi tahun 2025 dengan kadar segera
Hal ini bagi memastikan segala perancangan dan pelaksanaan aktiviti sekolah dapat dijalankan dengan lancar dan teratur demi manfaat murid-murid sekalian.
Sila pastikan tuan dan puan mengisi maklumat pada pautan yang diberi selepas membuat pembayaran sumbangan PIBG 2025.https://forms.gle/VvoEydMweQmzwmKp8
Semoga Allah SWT memberkati seluruh warga sekolah. Setiausaha PIBG SK Bandar Bukit Mahkota