Kepada Ibu bapa/Penjaga Yang Dihormati
Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Assalamualaikum wt.wb

PEMANTAUAN KESELAMATAN MURID-MURID SK BANDAR BUKIT MAHKOTA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Beberapa KES MENCULIK murid sekolah semakin menjadi-jadi antaranya CUBAAN MENCULIK di sekitar Salak Tinggi iaitu pada 19/06/2014 sewaktu murid-murid pulang dari sekolah. Begitu juga kes terbaru yang berlaku pada 25 Jun 2014 iaitu seorang murid perempuan Tahun 3 dari SKAB Slim River telah diculik tetapi berjaya diselamatkan.

3.       Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berharap agar ibu bapa/penjaga murid-murid SK Bandar Bukit Mahkota dapat memastikan keselamatan anak-anak atau jagaan tuan/puan semasa datang dan pulang dari sekolah. Keprihatinan ibu bapa amat diharapkan agar tidak membiarkan anak-anak menunggu terlalu lama sewaktu pulang dari sekolah. Pihak sekolah menyarankan agar tuan/puan dapat mengambil berat beberapa saranan berikut:

        1. Sebaik ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah, PASTIKAN anak-anak tuan/puan BENAR-BENAR memasuki kawasan sekolah.
        2. Pastikan ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak tepat pada masanya terutama waktu pulang selepas aktiviti ko kurikulum selewat-lewatnya 4.30pm.
        3. Sekiranya pihak tuan/puan mewakilkan seseorang mengambil anak-anak, sila MAKLUMKAN kepada pihak sekolah untuk tujuan keselamatan (jika perlu).
        4. Nasihati anak-anak tuan/puan agar mematuhi PERATURAN KESELAMATAN sepanjang berada di sekolah.
        5. MAKLUMKAN SEGERA kepada pihak sekolah/polis jika terdapat tanda-tanda ANAK-ANAK tuan/puan diekori semasa dalam perjalanan ke sekolah atau pulang dari sekolah.
        6. BERWASPADALAH selalu dan sentiasa BERDOA agar anak-anak sentiasa selamat sepanjang berada di sekolah sehingga kembali ke rumah.

 

4.       Keperhatinan pihak Tuan/Puan sangat diharapkan demi keselamatan murid-murid khususnya dan keamanan masyarakat umumnya.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah

PN. SITI ZAHARAH BT HJ. MOHD. MUKHTAR
Guru Besar
SK Bandar Bukit Mahkota
Kajang, Selangor