Daripada seluruh warga SK Bandar Bukit Mahkota, kami ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid, guru, ibu bapa dan penjaga sempena cuti penggal yang bermula pada 29 Mei 2025 hingga 9 Jun 2025.
Pesanan buat anak-anak murid:
Gunakan masa cuti dengan bijak
Baca buku & ulangkaji pelajaran
Bantu ibu bapa di rumah
Jaga keselamatan diri & kesihatan Semoga cuti ini memberi ruang untuk berehat, mengeratkan hubungan keluarga dan mengisi masa dengan perkara yang berfaedah. Jumpa lagi dengan semangat baru di Penggal 2 nanti!