Kepada Ibu Bapa / Penjaga yang dihormati,
Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Assalamualaikum wt.wb

BERITA SEKOLAH 3/2015

1. PENTADBIRAN

1.1 Bayaran Sumbangan PIBG sebanyak RM60.. sekeluarga boleh dibayar bermula 23 Mac 2015 melalui guru kelas masing-masing. Surat akan diedarkan.
1.2 Cuti Pertengahan Penggal Pertama bermula 14 Mac 2015 (Sabtu) hingga 22 Mac 2015 (Ahad)

2. KURIKULUM

2.1 Saingan Linus Tahun 1,2 & 3 (lisan) bermula 1 hingga 31 Mac 2015 (BM, BI dan Matematik).
2.2 Penilaian Sumatif 1 bagi Bulan Mac Tahap 2 (Tahun 4,5 & 6) pada 10-13 Mac 2015. Jadual dilampirkan.
2.3 Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) bagi BM dan BI, PEKA (Sains) dan PAFA (Pendidikan Agama Islam) untuk murid Tahun 6 telah mula dijalankan untuk perekodan UPSR.
2.4 Penambahan bilangan kelas bagi Tahun 2 (2 Tekun), Tahun 3 (3 Tekun) dan Tahun 5 (5 Tekun) yang ditangguhkan disebabkan kekurangan guru telah mula dibuka pada 4 Mac 2015. Jadual waktu yang baru telah diedarkan.
2.5 Klinik pagi berjalan seperti biasa mulai 7.00 – 7.20 pagi setiap Isnin – Jumaat. Mohon ibu bapa memastikan anak datang awal ke sekolah.
2.6 Kelas tambahan Tahun 6 pada masa Cuti Pertengahan Penggal Pertama akan diadakan selama 3 hari (Isnin, Selasa dan Rabu). Jadual akan diedarkan kemudian.

3. HAL EHWAL MURID

3.1 Ibu bapa yang belum memulangkan borang SMM diminta berbuat demikian dengan segara.
3.2 Ibu bapa yang masih belum mengambil duit BKAP (Bantuan Khas Awal Persekolahan – RM100) diminta segera mengambilnya di pejabat sekolah kerana duit akan dipulangkan jika tidak dituntut sebelum 13 Mac 2015.

4. KO KURIKULUM

4.1 Aktiviti Ko Kurikulum yang dijalankan pada setiap hari Rabu buat sementara ini hanya aktiviti kelab dan persatuan. Ini kerana cuaca yang sangat panas pihak sekolah mengambil inisiatif agar semua aktiviti dijalankan di bawah tempat berbumbung dan di dalam kelas.
4.2 Ibu Bapa diminta memastikan anak-anak membawa bekalan air secukupnya ke sekolah memandangkan cuaca yang sangat panas.
4.3 Setiap hari Rabu murid-murid digalakkan memakai uniform unit masing-masing.

Saya yang menjalankan tugas,

Pn Siti Zaharah binti Mohd Mukhtar
Guru Besar

Jadual ujian mac 2015