Kepada,
Ibu/Bapa/Penjaga Murid-murid Tahun 6 – 2015

Tuan

MAKLUMAN KELAS BIMBINGAN UPSR 2015 CUTI SEKOLAH BULAN MAC

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan kelas bimbingan UPSR semasa cuti pertengahan penggal pertama sebagai salah satu program untuk meningkatkan kecemerlangan UPSR 2015.

3. Kelas bimbingan ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh        : 16 Mac (Isnin), 17 Mac (Selasa) dan 18 Mac 2015 (Rabu)
Masa          : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat      : Kelas 1A, 1C, 1D, 1G dan 1R
Kehadiran : WAJIB
Bayaran     : Termasuk dalam Bayaran Tahun 6

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berharap agar semua murid Tahun 6 2015 dapat menghadirkan diri ke kelas bimbingan tersebut yang akan dikendalikan oleh guru-guru SK Bandar Bukit Mahkota. Pengangkutan diuruskan oleh ibu/bapa/penjaga masing-masing. Jadual kelas dilampirkan.

5. Kelas tambahan berbayar (hari Sabtu -21 Mac 2015) dibatalkan. Kerjasama dan sokongan tuan/puan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

SITI ZAHARAH BINTI MOHD MUKHTAR, PJK
Guru Besar

IMG_2793