Kepada

Ibu bapa/Penjaga Murid
SekolahKebangsaan Bukit Mahkota.

Tuan/Puan,

MAJLIS TAHLIL & SUMBANGAN ANAK YATIM SEMPENA PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sepanjang bulan Ramadhan nanti pihak sekolah akan menjalankan Program ’Ihya Ramadhan dan majlis tahlil.

3. Majlis Tahlil akan diadakan pada setiap hari jumaat seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 4 Julai, 11 Julai dan 18 Julai 2014

Masa : 7.30 pagi – 8.00 pagi

Tempat : Dewan Terbuka

4. Sehubungan dengan itu ibubapa yang ingin menyertai Majlis Tahlil yang diadakan oleh pihak sekolah boleh mengisi borang tahlil yang dilampirkan.

5. Sumbangan RM 10.00 bagi setiap borang.

6. Pihak sekolah juga akan membuat kutipan sumbangan untuk anak yatim di sekolah ini .Sumbangan ini akan diberikan kepada anak yatim yang dikenalpasti pada penutup program ihya’ Ramadhan nanti. Semoga sumbangan tersebut medapat lebih keberkatan di bulan Ramadan yang penuh barakah seterusnya memberi sedikit kegembiraan sempena Aidil Fitri buat anak-anak yatim ini.

Kerjasama tuan/puan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima Kasih
SITI ZAHARAH BT MOHD MUKHTAR
Guru Besar
SK Bandar Bukit Mahkota
43000 Kajang,
Selangor

Sila Muat Turun Di Sini: Surat Asal & Kertas Jawapan Majlis Tahlil